21 Ogos 2008

Layakkah Kita?

KITA SEBENARNYA...

Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram
Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat
Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
Lebih suka lepak,tidur tengok TV daripada sembahyang
Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah
Lebih suka menyebut hello!...hai! daripada assalamualaikum
Lebih suka pakai cap, topi daripada tudung, kopiah
Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid
Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri...Allah s.w.t.
Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama
Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama
Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka
Lebih suka mencarut, @#%^&! daripada menyebut MasyaAllah
Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan
Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita
Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab Kita
SEBENARNYA.....Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka. Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT?
renung-renungkan...selamat beramal...