TAQWA ialah sifat paling asas dalam Islam. Ia sering disebut, diulang-ulang dalam majlis keilmuan, malah pada setiap Jumaat, mimbar tidak lupa menasihati umat Islam supaya bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.
Jelas istilah terbabit tidak asing dalam kehidupan orang Islam. Ia selalu disebut, malah boleh dikatakan semua orang Islam pernah mendengar istilah terbabit, tetapi berapa ramai yang mengerti dan memahami maksud daripada perkataan Arab itu?
Perkataan taqwa berasal daripada kata nama 'ittiqa' dengan erti menjadikan dirinya terselamat daripada apa yang ditakuti atau daripada kata nama 'waqayah' dengan erti menjadikan sesuatu itu sebagai perisai penyelamat daripada sesuatu.
Dari sudut istilah (syarak) taqwa ialah usaha menjaga diri daripada sesuatu yang merosakkan atau yang membawa kepada celaan, kemurkaan dan seksaan. Ini termasuk faktor yang membawa kepada perkara terbabit.
Pengertian taqwa boleh disimpulkan; sifat yang tetap pada diri seseorang, yang terbentuk daripada perasaan takut kepada Allah, perasaan pengabdian kepada-Nya, berasa pe nuh tanggungjawab terhadap-Nya atas segala gerak laku perbuatan-Nya yang lahir mahupun batin.
Secara ringkas, taqwa mengandungi tiga unsur pengertian, iaitu kekuatan (al-quwwah); usaha keselamatan, pengawalan atau pertahanan; rasa takut lalu berusaha untuk mengawal atau menyelamatkan diri daripada sesuatu yang ditakuti seperti yang dibayangkan dalam al-Quran.
Mengikut ilmuan, taqwa memerlukan daya kekuatan jas mani dan rohani, perasaan takut kepada Allah, perkara yang dijadikan Allah untuk menakutkan hamba-Nya iaitu azab dan seksa-Nya, jalan dan cara untuk mengawal diri daripada perkara ditakuti serta natijah daripada yang disebut di atas iaitu nikmat syurga dan reda Allah.
Taqwa adalah sifat hati. Ini sebagaimana dapat difahami melalui al-Quran, maksudnya: “Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Ra sulullah s.a.w, merekalah orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertakwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.” (al-Hujuraat:3)
Disebabkan ia sifat yang membabitkan hati dan tempatnya di hati, taqwa bukanlah suatu sifat yang boleh dibuat-buat. Ia tidak seperti sifat lahiriah lain yang boleh dilakonkan bagi mengabui mata masyarakat kononnya dirinya adalah paling ideal.
Teras kepada sifat taqwa ialah iman. Taqwa dan iman saling berkait rapat, kerana kedua-duanya bertempat di dalam hati. Iman yang mantap akan menyuburkan lagi sifat taqwa seseorang.
Iman yang menetap di dalam hati dan meresap di dalam diri sudah pasti akan menghasilkan keadaan rohani yang akan memancarkan suatu tenaga kekuatan terpendam.
Daripada tenaga ini akan menimbulkan perasaan cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan. Keadaan rohani seperti ini yang makin tetap di dalam hati dinamakan taqwa.
“Dan ketahuilah! Bahawa di antaramu ada Rasulullah; kalaulah ia menurut kehendakmu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu mengalami kesukaran; akan tetapi Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta dihiaskannya dalam hatimu, dan menjadikan kekufuran dan kefasikan serta kederhakaan itu perkara yang kamu benci; mereka itulah orang yang tetap menurut jalan yang lurus.
“Sebagai kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (al-Hujuraat:7-8)
Walaupun taqwa adalah sifat hati yang tidak boleh di lakonkan, ia masih boleh diusahakan melalui beberapa cara atau jalan yang digariskan, seperti membaca al-Quran (ti lawah), hidayah dan mujahadah, puasa, mengabdikan diri kepada Allah dalam pengertian yang luas.
Jalan hidayah misalnya, Allah ada menegaskan dalam al-Quran, maksudnya: “Dan orang yang menerima petunjuk, Allah menambahi mereka dengan petunjuk, serta memberi kepada mereka dorongan untuk mereka bertakwa.” (Mu hammad:17)
Hidayah akan diperolehi melalui iman. Tanpa iman, ba gaimana mungkin seseorang akan mendapat hidayah, di bukakan pintu hatinya.
“Tidak ada kesusahan yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (at-Taghabuun: 11)
Sama juga dengan puasa, ia jalan untuk mencapai taqwa. Dengan sebab itu, ibadat puasa mempunyai nilai yang sangat besar di sisi Islam, sama ada puasa wajib sebulan pada Ramadan setiap tahun atau puasa sunat pada hari tertentu sepanjang tahun.
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan ber puasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (al-Baqarah:183)
Sifat taqwa sebenarnya paksi kepada segala kebaikan, mem punyai pelbagai ciri yang dijelaskan melalui ayat al-Quran dan dihuraikan hadis nabi.